Sunday, March 6, 2011

Mensyukuri kesusahan...

Jika ditimpa kesusahan, sebutlah Alhamdulillah dan sebutkanlah kelebihan-kelebihan yang lain dari kesusahan itu.

Contohnya jika anak tidak cekap dalam Matematik tapi mahir dalam subjek lain, sebutlah "Alhamdulillah sekurang-kurangnya dia pandai dalam Sains". Maka dengan ucapan itu tidak mustahil Allah tambah ni'mat kita. Caranya mungkin anak kita  kecekapannya bertambah sedikit demi sedikit kerana secara logiknya Allah telah menjanjikan pertambahan ni'mat jika bersyukur.

Contoh lain, kita berasa susah hati jika sang isteri kuat berleter, tapi kita boleh syukuri kesusahan itu dengan mengatakan, "Alhamdulillah kuat-kuat leternya, dia tak lupa tanggungjawab, kemas rumah selesai, masak sedap". Moga-moga dengan zahirnya kesyukuran kita itu, maka Allah akan tambahkan ni'matnya kepada kita, caranya pelbagai terhadap kesusahan kita itu tadi.

Di samping kita bersyukur dan memperolehi ni'mat seperti yang dijanjikan, kita juga melatih jiwa bersifat sabar atas segala sesuatu. Sebab itulah syukur itu atas daripada sifat kesabaran dan kerana sedikitnya golongan tersebut seperti firman Allah ini "...Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur”. (Saba’:13)