Saturday, July 28, 2012

silakan jika ingin bersedekah ...

Jika ingin bersedekah silakan:


  1. Amal Islami Care (Maybank 558211313170)
  2. Pertubuhan Mujamma' Ibnu Sunni Lit Talaqqi Pendang Kedah (MUSHTAQ) (Bank Islam 02-011-01-011600-4)
  3. Maahd Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah (Maybank 551043031294, Bank Islam 01023010077829, CIMB 01110000341108)
  4. Pertubuhan Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Kawasan Larut (Tabung anak yatim - Maybank 558211313341)
  5. Pertubuhan IKRAM Malaysia (Bank Islam 12113010040182)

Nak bersedekah lagi...

Bagi yang biasa bersedekah akan berkeinginan untuk bersedekah lagi dan menambah lagi amal pahala

Bila bersedekah rasa ...

Apabila bersedekah akan terasa lapangnya fikiran, rasa tidak kurangnya rezeki, dan rasa kaya

Friday, July 13, 2012

Faedah sedekah ada 2....

"2 faedah dari sedekah, Allah turunkan kaya hati buat pengubat kekusutan hati kerana susahnya kita kerana kurangnya harta; kedua, Allah berikan harta dari sumber yang tidak disangka-sangka secara berdikit-dikit (atau banyak) buat pelupus pada kurangnya harta"

Ketenangan hati buat pengganti kekusutan hati

"Kekusutan hati akibat bebanan hutang atau kemiskinan dapat diuraikan apabila Allah gantikan ketenangan hati dengan asbab sedekah yang kita curahkan tanpa kita sukat-sukatkan!"

Tolak bebanan hutang dengan sedekah yang tidak sedikit

"Mungkin kita menanggung hutang yang tidak sedikit maka mengakibatkan kita bersedekah dengan sedikit. Cubalah sedekah lebih dari sedikit itu, nescaya dengan izin Allah pulangannya bukan sedikit!"

Rezeki dari sedekah yang bagaimana ?

"Datangnya rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka! Kepada orang yang bertakwa, asbabnya mungkin dari sedekah, tapi sedekah yang bagaimana? Sedekah yang tulus ikhlas kerana nak tolong ugama!"

Allah pulangkan semula ..

"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, kita memberi Allah pulangkan semula!"

Bukan nak tolong sangat ugama ...

Kita bersedekah tapi sekadar mengeluarkan kadar minima, bimbang-bimbang bukan sangat kerana ugama, lebihkan dari kadar minima agar memupuk keikhlasan sedekah kerana tolong ugama!

Lebihkan dari selalu ...

"Rezeki secupak jadi segantang, cubalah! jangan berpantang dan dihalang sedekah kamu, lebihkan dari selalu, niat untuk ugama, insyaAllah Allah tak lupa!"

Memberi akan diberi

"Allah memberi rezeki kepada yang memberi dengan rela hati!"

Mudahkan rezeki murahkan rezeki ...

"Mudahkan rezeki kamu ke tangan yang perlu supaya Allah murahkan pula rezeki kamu!"

Untuk Allah ...

"Rahsia kepada murahnya rezeki adalah ikhlasnya kamu bersedekah untuk Allah!"

Friday, February 10, 2012

Puas...

"Puaskanlah hatimu dengan amalan yang sedikit, daripada amalan yang banyak tetapi berpenyakit!"

Nikmat makan kepada ibu bapa

"Berikanlah nikmat yang kamu terima kepada kedua ibu bapa kamu; kongsikan nikmat makan bersama mereka, hidangkan mereka dengan makanan lazat, belanjai mereka, kerana mungkin di suatu masa mereka sudah tidak berdaya menjamah makanan, tiada selera, dan tiada upaya, berpenyakit dan sakit tua, tidak dapat merasai, tidak puas dan dapat mengecap nikmat makan yang kamu bawa"

Risau...

"Mungkin kita agak risau dengan amalan kita yang tidak seperti dahulu, tidak segagah dan sehebat seperti sediakala,; namun teguhkanlah dengan amalan yang sedikit, sekurang-kurangnya ada bekalan yang tersisa, lebih molek jika dapat dilakukan berterusan, berasa puas dengannya kerana keikhlasan yang membulat ada pada yang sedikit"

Taqwa

"Di waktu kita subur dalam keimanan dan ketakwaan pohonlah kepada Allah agar kita tidak dihukum ketika kita layu dan kecundang, kerana kita sebenarnya senang dalam keadaan kesuburan tersebut, hanyasanya kita insan yang lemah dan perlukan taufik dan hidayah Allah untuk sentiasa kembali kepadaNya"

Sabar vs Syukur

"Kalau sabar dapat, kalau syukur dapat lebih!"

(Kalau kita sabar akan sesuatu perkara, InsyaAllah pada akhirnya kita akan dapat perkara tersebut; jika kita syukur akan sesuatu perkara, InsyaAllah pada akhirnya kita akan dapat lebih daripada perkara tersebut!)