Wednesday, May 5, 2010

Sentiasa baru...

Setiap hari jika kita sentiasa merasakan seperti orang baru, kita akan nampak dan lakukan sesuatu pembaharuan. Misalnya meja kerja kita, akan kita susun berbeza dengan pemilik sebelumnya kerana kita mahukan perbezaan. Namun, barangkali susunan demikian akan kekal untuk jangka masa yang lama tanpa sebarang pembaharuan. Jadilah keadaannya sentiasa beku dan tidak segar. Maka pentingnya untuk sentiasa merasakan seperti orang baru, agar kita dapat berfikir dengan idea yang baru dan dinamika senantiasa.