Friday, January 15, 2010

Biasa ...

"Apabila kita menempuh satu jalan dan sesat bukanlah dinamakan kita sesat jalan, cuma kita tak biasa dengan jalan itu. Apabila tempuh kali ke-2 kita akan sudah familiar. Begitulah dugaan di dunia adakalanya kita buntu memikirkannya, lalu timbul putus asa, kerana kita belum biasa menempuhnya. Jadi bila tempuh untuk kali ke-2 kita sudah biasa menanganinya"

Wednesday, January 6, 2010

Risau...

"Usah dirisau perkara yang dah berlalu kerana ia kehendak Tuhan, risaukanlah perkara yang akan berlaku kerana manusia diberi peluang untuk membuat pilihan"

Sunday, January 3, 2010

'Salesman' yang berjaya

Syaitan, 'salesman' yg paling berjaya

Pengaruhnya, pujuk rayunya, rasukannya...

Hatta menyusup masuk ke pembuluh darah kita

Senantiasa diri kita dibayangi olehnya, siang dan malam, 24 jam

Tak henti, dia tak tahu berhenti, malah dilakukannya berulang-ulang kali

Hanya insan yang ikhlas di hati mampu menyelamatkan diri