Thursday, June 23, 2011

Terburu-buru tembak ...

"Pemimpin dalam menghadapi anak buahnya usahlah terburu-buru membuat keputusan apatalah lagi mengeluarkan bahasa yang tidak menyenangkan. Dengar dan siasat dengan teliti sebarang permasalahan sebelum menjatuhkan keputusan atau hukuman. Ibarat pemburu yang menembak rusa di hutan. Sebelum menembak pastikan ianya rusa dan bukan manusia. Terburu-buru menembak buruk padahnya" (Entah)

Tuesday, May 31, 2011

lembut versus keras. ...

"Ada kala hati manusia lembut seperti SOFTWARE, ada kalanya lebih keras dari HARDWARE!" (Entah)

Monday, May 9, 2011

Zikir ada waktu yang diperuntukkan ..

Peruntukan zikir dalam banyak-banyak hadis adalah pada waktu pagi dan petang. Rahsianya, dapat dirasai bagi orang yang mahu mencuba...

Cahaya melimpah ...

"Berzikir dapat memusatkan cahaya ke dalam hati manusia. Apabila cahaya telah memenuhi hati, ia akan melimpahi keluar ke seluruh anggota badan. Maka terhasillah wajah yang berseri dan bercahaya. Ibarat air yang dituang ke dalam gelas, apabila air sudah memenuhi gelas, maka ia akan mula melimpahi di luar permukaannya."

Zikir pagi dan petang

Zikir pada waktu pagi dapat menguatkan rohani kita buat bekalan hingga ke petang hari.

Zikir pada waktu petang dapat menguatkan rohani kita buat bekalan hingga ke pagi hari.

Dari Anas ra dengan jalan Marfu’: "Sungguh aku duduk bersama suatu kaum yang berdzikir kepada Allah swt dari shalat Shubuh hingga terbit matahari lebih aku sukai dari memerdekakan empat orang keturunan Ismail, dan sungguh aku duduk bersama suatu kaum yang berdzikir kepada Allah swt dari Shalat Ashar hingga terbenam matahari lebih aku sukai dari memerdekakan empat (orang budak)." (HR Abu Daud 3667, dihasankan oleh Al Albani, Shahih Abu Daud 2/698)

Syukur itu antara pemberi dan penerima ...

"Syukur itu menghargai si pemberi.Bagaimanakah agaknya perasaan kita jika si penerima tidak menerima pemberian kita, mencebik muka, melahirkan rasa duka? Begitulah juga Rabb, sangat suka jika hambaNya menzahirkan rasa suka yang amat sangat (syukur) atas apa sahaja kurniaanNya"

Sunday, March 6, 2011

Mensyukuri kesusahan...

Jika ditimpa kesusahan, sebutlah Alhamdulillah dan sebutkanlah kelebihan-kelebihan yang lain dari kesusahan itu.

Contohnya jika anak tidak cekap dalam Matematik tapi mahir dalam subjek lain, sebutlah "Alhamdulillah sekurang-kurangnya dia pandai dalam Sains". Maka dengan ucapan itu tidak mustahil Allah tambah ni'mat kita. Caranya mungkin anak kita  kecekapannya bertambah sedikit demi sedikit kerana secara logiknya Allah telah menjanjikan pertambahan ni'mat jika bersyukur.

Contoh lain, kita berasa susah hati jika sang isteri kuat berleter, tapi kita boleh syukuri kesusahan itu dengan mengatakan, "Alhamdulillah kuat-kuat leternya, dia tak lupa tanggungjawab, kemas rumah selesai, masak sedap". Moga-moga dengan zahirnya kesyukuran kita itu, maka Allah akan tambahkan ni'matnya kepada kita, caranya pelbagai terhadap kesusahan kita itu tadi.

Di samping kita bersyukur dan memperolehi ni'mat seperti yang dijanjikan, kita juga melatih jiwa bersifat sabar atas segala sesuatu. Sebab itulah syukur itu atas daripada sifat kesabaran dan kerana sedikitnya golongan tersebut seperti firman Allah ini "...Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur”. (Saba’:13)

Saturday, March 5, 2011

Cara Umar al-Khattab...

Umar dalam membicarakan kesusahan dia terhadap isterinya menzahirkan kesyukurannya kepada ni'mat Tuhan. Lihat apa tuturannya seprti dikisahkan dalam Kitab Muhimmah Fi Ilmil Hadith:

Seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu akan perihal perangai isterinya. Lelaki itu berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: 


“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?” 

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, 

“Wahai Amirul mukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku, “Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?” 

Umar berkata kepadanya, “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar omelannya karena dia mempunyai hak ke atas aku:
Sesungguhnya dia memasak makanan aku,
mengadun roti untuk aku,
membasuh pakaian aku dan
menyusui anakku,
padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina).
Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”
Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirul mukminin, demikian jugalah isteriku.” 

Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenanya itu tidak lama, hanya seketika saja.”

Wednesday, February 16, 2011

Ilmu ibarat ...

"Ilmu itu ibarat air, jika tidak diempang dan diminum ia akan mengalir begitu sahaja"