Wednesday, December 19, 2007

Berapa ekor?

"Kita minta berlindung dari syaitan betina dan syaitan jantan apabila masuk tandas, bermakna disebut di situ 2 syaitan dalam satu tandas. Jika ada 3 tandas dalam rumah bermakna ada 6 syaitan. Namun, bilangan syaitan tidak penting, yang penting kita baca doa pelindung, moga-moga dilindungi daripada gangguan syaitan."

Anak ...

Thursday, November 1, 2007

Gembira ...

"Jika mahu rasa gembira berpuasalah! kerana Allah ada berjanji untuk menerbitkan rasa gembira ketika kita berbuka dan ketika bertemu denganNya di akhirat sana" (Entah)

Takut ...

Setiap manusia tidaklah segagah mana. Ada unsur ketakutan dalam diri setiap insan. Seorang guru silat tidak menurunkan sehabis ilmu kepada anak murid. Masih ada buah yang tidak dia ajar, takut-takut nanti melawan tokey. Polis juga ada sifat penakut, buktinya pistol dibawa di mana-mana buat melindungi diri dari ancaman penjenayah. Baju kalis peluru diselimut ke badan. Seorang yang dikatakan pembesar atau pemerintah dunia sekalipun juga ada rasa takut, jika tidak masakan bodyguard mengelilingi badan. Allah berdiri sendiri tidak memerlukan sesiapa dan apa-apa!

Wednesday, September 19, 2007

Puasa = makan? ...

Ramadhan bermaksud panas, dahaga dan terbakar. Maksudnya, Allah akan menghapuskan dosa hamba-Nya melalui amalan-amalan yang dikerjakan.

Puasa pada bulan Ramadhan menurut Imam Ghazali sama seperti makan.

Bermula dengan sahur, kemudian kita puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Kemudian kita berbuka puasa. Pada malamnya kita moreh. Jumlah 3 kali makan.

Pada rutin seharian pula, kita makan tengahari, kemudian makan malam, kemudian tidur dan bangun pagi untuk breakfast. Juga 3 kali makan.

Breakfast dari perkataan 'break' (buka) dan 'fast' (puasa) yakni kita berbuka setelah kita puasa (tidak makan dan minum) sepanjang kita kita tidur pada malam sehingga pagi.

Puasa dari segi psikologi sebenarnya hanyalah membabitkan perubahan waktu kita makan.

Diharamkan makan benda halal? ..

"Pada bulan Ramadhan kita diharamkan daripada makan makanan yang dihalalkan kepada kita. Itulah latihan ketakwaan. Kita makan kerana Dia dan kita tidak makan pun kerana Dia. Walaupun harta kita sendiri yakni makanan dan minuman kita yang tersimpan di rumah, puasa melarang kita menggunakannya. Usahkan menggunakan barang curi, kepunyaan orang, harta yang betul benar halal dilarang kita mengecapnya pada bulan puasa"

Tuesday, August 21, 2007

Taufik ...

"Hanya dengan taufik Tuhan dapat kita melawan syaitan, hanya dengan bantuan Tuhan kita dapat kuatkan badan, jiwa dan perasaan. Badan kita rapuh senang dirempuh, ditembus berulang kali oleh syaitan. Tidakkah jiwa kita bergetar merasai rempuhan itu? Bagai nak putus jantung, bagai nak pecah akal, diganggu musuh yang tak nampak, musuh yang bergerak melalui pembuluh darah. Siapa yang dapat menolong melainkan Allah!!!"

Masuk tabung ...

"Ajarkan anakmu bersedekah, wujudkan tabung di rumah, beri dia duit dan ajar dia masukkan dalam tabung dan katakan, "Nak, ni untuk siapa? Untuk anak ya....? tiiiiiim (anak yatim). Sebut banyak kali, banyak hari, biar ia sebati dan bergaul dengan jiwa dia."

Kerelaan ...

"Orang kaya yang hakiki ialah orang yang rela melepaskan hartanya semasa hidup; orang kaya yang tak hakiki ialah orang yang melepaskan juga hartanya, tetapi setelah sesudah dia mati, tidak dengan kerelaannya."

Tak boleh harap ...

"Orang kaya ialah orang yang Allah kenalpasti dan boleh diharapkan untuk menguruskan kekayaanNya untuk diberikan kepada orang yang dikehendakiNya.

Bukanlah orang itu kepercayaan Allah untuk tugas yang begitu asas melainkan dia hanya sebagai tukang simpan sebelum dia direnggut kematian dan hartanya diserah kepada waris atau baitulmal."

Wednesday, July 25, 2007

Berlingkar ...

ular "Bagaimana bisa tercegah mungkar jika dalam solat hatinya berlingkar?"

Kesan daki ...

duit"Perhatikanlah duit kertas yang lama, lebih lagi yang berkedut-kedut. Ia mengandungi calit-calit hitam, kekuningan, coklat, atau warna yang pudar. Umpama ada kesan daki di badannya. Itulah dia kekotoran harta yang perlu kita sucikan melalui zakat"

Bersedia?..

bersedia "Rahsia kejayaan yang utama bukanlah 'physically prepared' ataupun 'mentally prepared' tetapi senantiasa merasakan diri 'extraordinary'"

Tuesday, June 26, 2007

Lega ...

lega"Kebiasaannya, jika kita selesai solat, keluar sahaja masjid akan hilang segala masalah yang dihadapi sebelum solat, jika tak semuapun sedikit. Itulah rahmat yang Allah janjikan bagi orang yang bersolat terlebih lagi yang menziarahiNya di masjid"

Thursday, June 21, 2007

Bertempiaran ...

azan"Syaitan apabila terdengar azan lari bertempiaran, setengah manusia apabila azan berkemundang pedulipun tidak, slowkan tv atau radiopun tidak, berhenti dari bercakap tidak, rehat sekejap dari buat kerja pun tidak, menjawab satu persatu kalimah yang diazankan pun tidak, apatah lagi bergegas ke tempat azan berkumandangan itu. Manusia tak takut seperti syaitan tapi cuma tak buat peduli aje"

Kencing

kencing"Syaitan suka campak kekotoran pada manusia. Dia hitamkan hati manusia, paling tidak dikelabukannya, dia kencing kat telinga manusia supaya tidak bangun solat Subuh, dia bubuh simpulan-simpulan air liur dan lilitkan di kepala kita, dia letak gam berupa kencing, berak, nanah, air liur kepada mata supaya malas beribadah, dia muntahkan makanan yang kita tak baca bismillah padanya"

Batu ...

batu"Sekeras-keras batu, mahu juga ia sujud kepada PenciptaNya. Sebijak-bijak manusia, keras hatinya pada PenciptaNya"

Wednesday, June 13, 2007

Kempen ...

"Dakwah itu adalah kempen!!"

Panas ...

"Menangani 'kesejukan' agama agar menjadi barang yang 'panas' dan 'hangat' di pasaran adalah tanggungjawab kita"

Intai ...

syaitan"Syaitan senantiasa intai pergerakan manusia. Namun salah satu manusia yang syaitan cabut lari dari mengikut laluannya adalah Saiyidina Umar Al-Khattab"

Suis kelemahan ...

syaitan"Syaitan berusaha untuk mendorong kita kembali mengulangi kesalahan lampau kerana itulah suis kelemahan kita. Dengan pujuk rayu, lorongan-lorongan yang pelbagai, bisikan-bisikan halus, mengingat-ingatkan kita akan sedapnya perilaku tersebut, menyuburkan kembali keinginan kita... itulah tipu daya, muslihat dan kelicikan syaitan yang terkutuk."

Syaitan tahu ...

syaitan"Keupayaan syaitan adalah dia tahu apa yang anda tidak tahu. Dia tahu kelemahan diri anda daripada diri anda sendiri. Sedangkan anda selalu menyalah tafsir kelemahan anda yang disangka baik itu"

Datang awal ...

Langkah awal utk khusyuk solat adalah hadir pada awal waktu.

Waktu itu ambillah kesempatan untuk menilai diri kita, ke mana kita dengan skor taa'bud kita setakat ini?

Koreksi diri, cercalah diri, anggaplah diri ini hina, lemah, bodoh, dungu, jahil, jahat dan berdosa.

Ingatlah nasib kita di kubur kelak, di akhirat samada ke neraka atau ke syurga

Proseslah semua maklumat di atas ini awal2 lagi…. supaya kita beransur-ansur beralih daripada daripada alam dunia kepada alam akhirat di sana

Lemah longlaikan jasad lahir kita, padukan akal kita, tundukkan nafsu kita.

Laraskan gelombang perasaan yang bergolak dek dunia kepada ketenangan ukhrawi.

Dengan itu hati akan lebih menyerlah, dan tegak hadir dengan sokongan 3 perkara tadi, jasad, akal dan nafsu.

Hadirnya hati lebih awal sebelum solat akan memberi kesan dalam solat.

Dengan itu, solat akan jadi lebih sopan, lemah lembut dan tidak tergesa-gesa atau mahu cepat selesai.

Saturday, June 9, 2007

Melekat ...

eye"Berhati-hatilah, kerana dosa itu boleh melekat pada anggota badan. Sayidina Usman pernah berkata kepada sahabatnya, 'Aku nampak kesan zina pada mata kamu!'"

Mengintai-intai ...

solat "Hamba yang menanti-nanti atau bersiap-siap sebelum masuknya waktu solat seolah-olah mengintai-intai detik pertemuan dengan Tuhan. Hamba yang melewat-lewatkan solat sehingga hampir luput waktu seolah-olah mengharap-harapkan perpisahan dengan Tuhan" (Entah)

Saturday, May 26, 2007

Banyak kita minta...

malu "Bila duduk antara dua sujud, kita baca 'Rabbighfirli, warhamni, wajburni, warfa'ni, warzukni, wahdini, wa'afini, wa'fu'anni'. (Ya Tuhan, ampunilah hamba,
dan kasihanilah hamba, dan tampungkanlah kekurangan hamba, dan angkatkanlah darjat hamba, dan rezekikanlah hamba, dan hidayahkanlah hamba, dan sihatkanlah hamba dan
maafkanla
sahaja hamba-Mu ini) Banyak benda kita mintak tu? 'Wa' itu 'wa' ini, dan itu dan ini. Sudah semestinya kita perlu faham apa yang kita minta itu. Dan malu dengan apa yang kita minta. Hayatilah ia! Moga khusyuk, tawadduk, dan khuduk kita bertambah."

Salam pada nabi?...

"Ketika membaca tahiyat, 'Assalamualaika aiyuhannabi ...' (Salam atas mu wahai nabi ...) buatlah olok-olok seolah-olah nabi berada di depan kita, kita memberi salam kepadanya, segala jerih payah berdakwah, luahkanlah kepada baginda, beri salam penghormatan yang sebaiknya kepada baginda"

Solat pagar ...

penyelamat "Istiqamah dalam solat meliputi sempurna rukuk, sujud, bacaan, sujud. Barulah solat berfungsi sebagai pagar mungkar. Sempurna bacaan, betul bacaan dan faham maksud. Bila tidak faham maksud, pemikiran kita kosong, maka akan masuk benda lain. Sempurna khusyuk pula tidak datang bila tidak sempurna bacaan"

Nikmat ..

hisab
"Banyak ni'mat yang melampaui dengan apa yang kita terima. Sakit contohnya mungkin hanya 2, 3 hari atau dikumpul-kumpul sebulan seumur hidup kita. Tetapi seumur hidup kita kita telah sihat selama berpuluh-puluh tahun"

Islam tak naik...

"Yang bawa kerja huduh banyak, yang bawa kerja baik sedikit. Islam tidak boleh naik kalau begitu. Di zaman Rasulullah semua ambil bahagian, anak muda, hamba, muslimat, kanak-kanak.. Jika hanya mengharapkan hanya ustaz berapa ramai yang dengar Islam di masjid? Berapa ramai pula orang datang ke masjid? Maka kita perlu orang yang cakap Islam di DUN, Parlimen, dewan raya, majlis-majlis umum, konsert, di mailing list, di internet, di tv, di radio, dsbnya."

Kaya, miskin

barzakh "Kaya kamu setakat hidup aje, bila mati tinggal. Miskin kamu setakat dunia aje, bila mati tinggal. Yang ikut sama adalah amalan-amalan kamu"

Thursday, May 24, 2007

Hikmah ..

soalan "Sebahagian KECIL perkara yang berlaku kita agak-agak hikmahnya, tapi sebahagian BESAR daripada itu ALLAH lebih tahu apa hikmahnya"

Budak kecil ...

kanak-kanak"Budak kecil belum ada dosa, mereka ibarat ahli syurga (dengan izin Allah). Tapi kita acap memukul mereka, sedarkah kita mereka itu calon syurga?"

Adil ...

pokok "Barangkali kita hanya menyiram pokok bunga, atau pokok kecil. Mungkin bagi kita rumput tidak perlu, apatah lagi pokok besar, apatah lagi untuk menyirami pokok-pokok di hutan. Tapi Tuhan Maha Adil, dia turunkan hujan tak kira siapa atau di mana, semuanya merasa"

Langit...

orang "Lihatlah di bumi, ada orang benci dan berlaku keji. Pandanglah pula di langit, ada Tuhan yang menyayangi dan merahmati"

Milik kita?...

harta "Semua milik kita? Beli makanan. Makanan berlebih kita buang. Yang masuk ke badan, kita buang juga (jamban). Kadang-kadang disebab muntah. Baju yang kita beli, bila lusuh kita taknak, koyak lagi tak nak, kalau tak muat kita simpan dalam almari, atau didermakan. Kereta. Lama-lama ia rosak. Atau ditelan zaman akhirnya jadi besi buruk. Duit. Duit yang ada tu untuk doktor yang rawat kita, bayar cukai, baiki kereta rosak, bayar saman, bayar bil, silap gaya kena curi, rompak, diragut, tercicir, ... Yang baki pula waris punya."

Gajah ...

"Tuhan tugaskan Ababil melubangi tentera bergajah! Yang subuh gajah? Nauzubillah!"

Jalin hubungan ...

talian "Sudahkah anda menjalin hubungan dengan Tuhan? Bertaut kemesraan, bercakap-cakapan, bersuka-sukaan, memadu cinta, menagih rahmat dan berkasih sayang? Jika belum jirus air di badan (wuduk), tunaikanlah sembahyang, buatlah talian hayat kepada Tuhan yang penyayang"

Tamak ...

tamak
"Biar tamak BERI HARTA jangan tamak BER HARTA"

Rokok halal ...

rokok
"Rokok tidak pernah HALAL, ia samada dibenci (makruh) atau dilarang (haram)"

Duit ..

duit "Bila kita bersedekah ibarat kita menyucikan harta. Kita membersihkan harta. Bersih dari kotor, karat, debu, tahi, lumpur, hampas, najis, dsbnya. Mahukah kita menyimpan harta yang kotor, karat, berdebu, ada kuman, berlumpur, bernajis dan sebagainya? Lepaskanlah sahaja kekotoran itu!"

Minta tambah ...

"Bersedekah ertinya minta tambah"
[Jika kau bersyukur akan Ku tambah ni'matKu, jika kau kufur ingatlah azabKu amat pedih" (Quran)]

Tahu ..

manusia
"Kalau tahu Tuhan itu KUAT, kenapa takut lagi pada manusia?"

Lihat ...

scenary "Nak lihat Allah, kena masuk syurga dulu"

Jilat ...

tangan "Jilat jari untuk ikut sunnah rasa geli, kadang-kadang tak tahan perli. Untuk 'Kentucky' sehingga menjilat jari"

Awam ...

orang
"Taraf orang awam bahawa makruh itu adalah jika buat tidakkan berdosa, kalau ditinggal dapat pahala. Taraf orang faham bahawa makruh itu adalah perkara yang dibenci Allah"

Cakap ...

cakap"Rasulullah kalau bercakap dengan otak mesti akan ada salah dan silap, tapi Rasulullah bercakap tidak lain semuanya berdasarkan wahyu. Sedangkan para professor contohnya bila menulis buku akan ada salah silap mereka kalau tak banyak, sedikit."

Nabi ...

"Nabi menyampaikan Islam di zaman hutan belantara jahiliyah, kita menyampaikan Islam di zaman hutan batu jahiliyah"

Rokok mulia?...

"Rokok itu cukup hina, asapnya dihembus dan ditolak jauh-jauh, kadang-kadang disedut dalam-dalam menyusuri lubang hidung yang penuh tahi hidung, atau ditelan melalui tahi gigi atau kerongkong yang busuk. Setelah badannya habis terbakar, puntungnya pula dicampak, kemudian ditenyeh-tenyeh dengan kasut hingga penyek, atau ditonyoh dengan tangan hingga bengkok"

Munafik ..

munafik
"Nak jadi orang munafik kena jadi orang Islam dahulu"

Sunat ...

"Sunat itu buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa. Pada hakikatnya buat yang sunat itu akibatnya dikasihi Tuhan, bukan pasal pahala. Dalam hadis Qudsi ada diterangkan tentang kelebihan buat banyak benda sunat, Allah akan kasih pada orang itu"

Ulama ...

"Ulama sekarang takut kena potong gaji, ulama dahulukala rela dipotong kepala"

Syariat ...

"Syariat itu menguncupkan dosa dan mengembangkan kebaikan"

Wednesday, May 23, 2007

Islam ...

kapal selam
"Islam bukan seperti kapal selam, sekejap timbul, sekejap tenggelam. Islam itu tinggi menjulang!"

Buku ...

buku
"Buku adalah temanmu yang terbaik"

Subuh ...

matahari"Bangunlah solat subuh di waktu pagi, jika tidak sang mentari akan menyambutmu sebagai seorang yang derhaka"

Neraka ...

neraka"Kehidupan di dunia sekarang ibarat neraka sebelum neraka di akhirat sana"

Dunia ...

dunia "Dunia bukan tempat tinggal"

Niat ...

hati"Luruskan niat anda, jika ada yang tidak betul potong ia dengan segera. Niat yang betul akan membuat anda bahagia, niat yang tidak betul hanya menyebabkan kecewa"

Tuesday, March 6, 2007

Membiasakan syukur ...

"Bila kita bersyukur, bererti kita mengenali pencipta kita! Dalam ertikata kita kenal Siapa yang beri dan Siapa yang ambil semula"