Friday, February 15, 2008

Rahmat ...

Jika mahu rasa rahmat Tuhan, berselawatlah ke atas Nabi kerana Allah dan malaikat berselawat (beri rahmat) kepada orang yang berselawat kepada Nabinya.

Perang ...

Gendang perang sudah dipalu
Ayuh ikhwah mari bersatu
Longgarkan ikatan dunia yang membelitmu
Luangkan sedikit masamu
Buangkan sedikit tanda-tanda kemewahan pada dirimu
kerana rasul bila hendak berperang ...
dimintanya sahabat mengorbankan tenaga, harta, dan waktu!
Disitulah terserlahnya pengorbanan!
Saidina Usman dengan ratusan unta, Abu Bakar dengan seluruh harta, Umar dengan separuh harta, Abdul Rahman tidak kurang jua..
Sahabat sahabiah bergandingan sama
Demi kemajuan Islam tercinta!