Friday, February 10, 2012

Puas...

"Puaskanlah hatimu dengan amalan yang sedikit, daripada amalan yang banyak tetapi berpenyakit!"

Nikmat makan kepada ibu bapa

"Berikanlah nikmat yang kamu terima kepada kedua ibu bapa kamu; kongsikan nikmat makan bersama mereka, hidangkan mereka dengan makanan lazat, belanjai mereka, kerana mungkin di suatu masa mereka sudah tidak berdaya menjamah makanan, tiada selera, dan tiada upaya, berpenyakit dan sakit tua, tidak dapat merasai, tidak puas dan dapat mengecap nikmat makan yang kamu bawa"

Risau...

"Mungkin kita agak risau dengan amalan kita yang tidak seperti dahulu, tidak segagah dan sehebat seperti sediakala,; namun teguhkanlah dengan amalan yang sedikit, sekurang-kurangnya ada bekalan yang tersisa, lebih molek jika dapat dilakukan berterusan, berasa puas dengannya kerana keikhlasan yang membulat ada pada yang sedikit"

Taqwa

"Di waktu kita subur dalam keimanan dan ketakwaan pohonlah kepada Allah agar kita tidak dihukum ketika kita layu dan kecundang, kerana kita sebenarnya senang dalam keadaan kesuburan tersebut, hanyasanya kita insan yang lemah dan perlukan taufik dan hidayah Allah untuk sentiasa kembali kepadaNya"

Sabar vs Syukur

"Kalau sabar dapat, kalau syukur dapat lebih!"

(Kalau kita sabar akan sesuatu perkara, InsyaAllah pada akhirnya kita akan dapat perkara tersebut; jika kita syukur akan sesuatu perkara, InsyaAllah pada akhirnya kita akan dapat lebih daripada perkara tersebut!)