Monday, April 21, 2014

Doa berbalik...


Jika kamu ingin dosa diampun salah satu cara adalah memohon keampunan untuk orang lain.

Abu Darda' r.a. telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang muslim yang mendoakan temannya tanpa diketahui oleh orang yang didoakan, melainkan disambut oleh malaikat: Dan untukmu juga seperti itu" (Muslim).

Begitu juga dengan lain-lain hajat contohnya ingin dimurahkan rezeki. Apabila kita memandu di jalan raya contohnya kita doakan dalam hati moga penjual atau penjaja yang kita jumpa dimurahkan rezeki, InsyaAllah doa kita akan disambut oleh malaikat menjadi asbab kita juga dimurahkan rezeki.

Saturday, July 28, 2012

silakan jika ingin bersedekah ...

Jika ingin bersedekah silakan:


  1. Amal Islami Care (Maybank 558211313170)
  2. Pertubuhan Mujamma' Ibnu Sunni Lit Talaqqi Pendang Kedah (MUSHTAQ) (Bank Islam 02-011-01-011600-4)
  3. Maahd Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah (Maybank 551043031294, Bank Islam 01023010077829, CIMB 01110000341108)
  4. Pertubuhan Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Kawasan Larut (Tabung anak yatim - Maybank 558211313341)
  5. Pertubuhan IKRAM Malaysia (Bank Islam 12113010040182)

Nak bersedekah lagi...

Bagi yang biasa bersedekah akan berkeinginan untuk bersedekah lagi dan menambah lagi amal pahala

Bila bersedekah rasa ...

Apabila bersedekah akan terasa lapangnya fikiran, rasa tidak kurangnya rezeki, dan rasa kaya

Friday, July 13, 2012

Faedah sedekah ada 2....

"2 faedah dari sedekah, Allah turunkan kaya hati buat pengubat kekusutan hati kerana susahnya kita kerana kurangnya harta; kedua, Allah berikan harta dari sumber yang tidak disangka-sangka secara berdikit-dikit (atau banyak) buat pelupus pada kurangnya harta"

Ketenangan hati buat pengganti kekusutan hati

"Kekusutan hati akibat bebanan hutang atau kemiskinan dapat diuraikan apabila Allah gantikan ketenangan hati dengan asbab sedekah yang kita curahkan tanpa kita sukat-sukatkan!"

Tolak bebanan hutang dengan sedekah yang tidak sedikit

"Mungkin kita menanggung hutang yang tidak sedikit maka mengakibatkan kita bersedekah dengan sedikit. Cubalah sedekah lebih dari sedikit itu, nescaya dengan izin Allah pulangannya bukan sedikit!"